Hadith 35: Ketinggian Darjat Dalam Syurga kerana Al-Quran

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.” (Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban dalam sahihnya.) Keterangan Sepintas lalu ‘Orang al-Quran’ bermaksud seorang hafiz al-Quran. Mulla ‘Ali Qari rah. telah menerangkan dengan terperinci bahawa kelebihan ini hanyalah untuk para hafiz. Seseorang yang membaca al-Quran dengan melihat al-Quran tidak termasuk dalam kelebihan ini. Pertamanya kerana perkataan ‘Orang [ ... ]

Surah Al-Qasas: Khasiat ayat 51 – 55

Ayat-ayat ini boleh digunakan untuk meningkatkan daya ingatan, memahami ilmu-ilmu yang dalam-dalam dan untuk mengukuhkan keyakinan dalam hati. Caranya ialah; Berpuasa selama tiga hari dimulai dengan hari Khamis yang bersamaan dengan mana-mana awal bulan Hijriyyah. Pada setiap malam, tulislah ayat-ayat ini pada bekas kaca, kemudian dihapuskan tulisan tersebut dengan air sungai. Minumlah air ini setiap malam sebelum terbit matahari sebaiknya sebelum subuh. InsyaAllah berhasil.

Surah Al-Qasas: Khasiat ayat 22 – 28

Barangsiapa keluar bermusafir sambil membawa tongkat kayu dan membaca ayat-ayat di atas, InsyaAllah aman dari segala gangguan perompak serta binatang buas dan berbisa. Diwakilkan kepadanya sebanyak tujuh malaikat yang sentiasa meminta ampun baginya sehingga ia selamat sampai ke rumahnya. Jika dijadikan azimat dan dipakai pada tubuh, InsyaAllah terpelihara dari perbuatan sihir, khianat dan sebagainya. Jika ditulis pada bekas yang suci, kemudian dihapuskan dengan air hujan, InsyaAllah menjadi penawar besar.

Surah Al-Kahfi: Khasiat ayat 107 – 110

  Amalkanlah ayat ini sebanyak mungkin untuk mengetahui khabar berita tentang ahli keluarganya yang bermusafir atau hilang. Amalkanlah ayat ini sebelum tidur, kemudian diniatkan pada mana-mana waktu yang dikehendaki untuk bangun, InsyaAllah ia akan terjaga pada waktu tersebut.

Surah Al-Kahfi: Khasiat ayat 82

  Ayat ini boleh digunakan untuk mengetahui benda-benda yang tersembunyi. Tulislah ayat ini pada kepingan emas lama, kemudian bacakan ayat ini padanya sebanyak 13 kali. Setelah selesai letakkanlah di bawah bantal. Tidurlah dengan cara mengiring ke kiri, kemudian berpalinglah ke kanan. InsyaAllah, akan ditunjukkan kepadanya di dalam mimpi apa yang dikehendaki olehnya.

Surah Al-Kahfi: Khasiat ayat 39

  Bacalah ayat ini sebelum memasuki rumah atau kedai. InsyaAllah diluaskan rezeki ahli rumah tersebut. Sebaiknya ditulis di atas pintu rumah atau kedai. Bacalah ayat ini sebanyak 45 kali pada binatang. InsyAllah terpelihara dari sebarang wabak penyakit. Jika dibaca ayat ini sebanyak mungkin, ketika menghadapi kesusahan khususnya untuk mendapatkan apa-apa hajat. InsyaAllah ditunaikan oleh Allah s.w.t segala hajatnya.  

Surah Al-Kahfi: Khasiat ayat 1 – 5

      Tulislah ayat-ayat ini pada bekas yang suci, kemudian dihapuskan dengan air. Selepas itu renjiskanlah ke dinding-dinding rumah atau kedai (pada empat penjuru). InsyaAllah diberkati oleh Allah, dilimpahkan kebaikan yang banyak serta dimakmurkan tempat tersebut.